Kedai Runcit Online

Ahad, 6 Ogos 2017

5 KEPANTANGAN BESAR KETIKA MENGISI MINYAK

Assalamualaikum dan Hye Korang,

Buat apa hujung2 minggu ni? Mesti dah planning baik punya nak gi air terjun, shopping complex, hutan hujan dan bla..bla..bla...🌳🌳🌳


Syok punya jika korang gi jalan 2 dengan family/kengkawan. Naik kereta @ van @ mpv dan gelak2 borak2 sepanjang perjalanan... jangan lupa isi minyak udah ler. Karang ada yg menolak kereta pulak..Tak ke jenuh.. Dari seronok jadi gaduh sebab lupa isi minyakk. ðŸš— ðŸš— ðŸš—

Tapi dah sampai stesen minyak pleaselah ikut safety rules kat stesen minyak semasa mengisi minyak...Jangan main belasah jer buat benda x betul sebab ini involve keselamatan orang lain jgk, bukan korang jer. ☠ ☠ ☠

Jom TG share 5 perkara yang dilarang keras ketika mengisi minyak.


#1
DILARANG MENGGUNAKAN TELEFON SEMASA PENGISIAN

Hasil penyelidikan mendapati sedikit percikan api akan terhasil daripada penggunaan telefon bimbit. Terdapat beberapa kes yang lampau, apabila kebakaran berlaku sewaktu pengguna sedang menggunakan telefon bimbit berhampiran pam. Tak perlulah korang nak menggatal menjawab handphone dari wife ke, gf ke, bf ke sebab nanti korang jadi BBQ pulak. Fokus isi minyak..Keselamatan org dlm kereta dan sekeliling korang di tangan korang.


#2
SILA MATIKAN ENJIN KENDERAAN KETIKA PENGISIAN

Ni lagi satu..Kalau korang taknak anak dan wife korang panas, suruh diorg keluar lepak dalam kedai stesen  minyak. Ini tak, korang biarkan enjin hidup sebab nak bagi ari-cond kat diorg. Lepas tu isi minyak like no one business. Korang tahu tak, setiap kenderaan yang menggunakan bateri mempunyai risiko yang tinggi untuk menyebabkan percikan api apabila enjin tidak dimatikan sewaktu pengisian minyak sedang berlaku.
Jadi baik korang matikan enjin, lepas tu baru isi minyak.


#3
DILARANG MEROKOK KETIKA PENGISIAN

Tolonglah... Punyalah banyak tempat untuk melampiaskan ketagihanmu, stesen minyak juga yang korang pilih. Memang jelaslah api dengan minyak x boleh didekatkan. Akibatnya, korang bayangkanlah sendiri. Kebakaran besar dan letupan boleh berlaku di stesen minyak. ðŸ’£ ðŸ’£ ðŸ’£ ðŸ’¥ ðŸ’¥ ðŸ’¥


#4
DILARANG DUDUK DIATAS MOTOR KETIKA PENGISIAN

Ada dua perkara yang dikhuatiri iaitu, sewaktu pengisian sedang berlaku, 
👉 Motor boleh tumbang disebabkan penunggang hilang imbangan badan yang akan menyebabkan tumpahan minyak. 
👉 Terdapatnya kemungkinan yang tinggi keberhasilan tindak balas elektrik statik daripada tubuh penunggang yang boleh menyebabkan kebakaran.

#5
DILARANG MENGISI MINYAK DI DALAM BEKAS YANG TIDAK DIBENARKAN

Tong yang tidak dibenarkan berkemungkinan menghasilkan elektrik statik boleh menyebabkan kebakaran besar. Aside, katakanlah korang letak dalam bekas air mineral dan tinggalkan atas meja gitu ajer, tak pasal tiba2 ada orang yang ingat air minuman. Tak ke naya gitu. Betul x?

Di sini TG nak nasihatkan janganlah sebab ego atau sikap x peduli korang, org tersayang dan yang sekeliling korang mengalami akibatnya. Dah jadi, x guna nak menyesal lagi. "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya."


Lagi satu, belilah ALAT PEMADAM API (FIRE EXTINGUISHER) dan letak dalam kereta korang tu...Kita tak tahu bila kecemasan akan menjenguk kita...Jadi bila ada alat pemadam api tu, senang ler nak guna.🔥 ðŸ”¥ ðŸ”¥

Nak beli alat pemadam api? Boleh klik sini

Peringatan ini adalah untuk kita semua.

TennoGee Shop
Kedai Runcit Online
+6013 338 5503
+6013 338 5502

Tiada ulasan:

Catat Ulasan