Kedai Runcit Online

Isnin, 7 Ogos 2017

6 TABIAT ORANG KITA KETIKA TRAFFIC JAM.

Salam Hari Isnin semua,

Hari ini, start balik jalan2 dipenuhi kenderaan yang pelbagai jenis...Ditambah pula kenderaan sekolah berwarna jingga mewarnai lagi kesesakan sedia ada...Memang stress... Semalam cantik jer jalan clear masa TG hantar uncle & his wife gi menunaikan haji...Bestnyer jika hari2 macam ni.😍 😍 😍
Dapat kita lihat dari laporan media-media dan laman sosial Facebook...netizen telah memuat naik gambar-gambar kesesakan jalan raya yang sedang mereka tempuhi .
Tidak kira bagaimanapun situasi ekonomi, yang nyata, rakyat akan tetap guna kereta nak gi kerja...Untuk keselamatan dan terhindar dari hujan @ elemen cuaca.
Untuk meredakan sedikit tekanan, TG senaraikan beberapa perkara yang akan korang temui, dilakukan rakyat Malaysia ketika kesesakan lalu lintas seperti yang dilaporkan oleh Awani .

1. Bunyikan hon tanpa sebab
Ini adalah kes orang yang kurang sabar. Tak tahulah kenapa nak dibunyikan hon, sedangkan kereta di hadapan memang langsung tak bergerak. Memang bingit telinga dibuatnya.

2. Aksi ‘kurang sopan’
Cuba tengok orang yang berada di dalam kereta di sebelah. Mesti ada yang tengah korek hidung, korek telinga atau menguap seluas-luasnya. Tak apalah, kereta dia, kan?

3. Menonton TV
Bertuahlah mereka yang ada televisyen di dalam kereta. Lagi best kalau pasang DVD. Hilang juga bosan. Kadang-kadang, penumpang kereta di belakang pun tumpang sekaki menonton. Walaupun tak jelas, tapi bolehlah sekadar nak hilangkan bosan.

4. Mengorat
Agaknya dah bosan sangatlah tu. Terutama si jejaka yang travel beramai-ramai dalam sebuah kereta. Kalau berhenti bersebelahan kereta gadis cantik, macam-macam bunyi akan keluar. Sekejap bersiul, sekejap menyanyi lagu Sekuntum Mawar Merah. Suka hatilah, untung-untung dapat jodoh, betul tak?
5. Menari
Okey, yang ini mungkin belum ada yang buat. Tetapi di luar negara, ia adalah pemandangan biasa dalam kesesakan lalu lintas yang teruk di luar negara. Berhentikan kereta dan menarilah sepuas hati.
6. Selfie
Dalam stres kerana trafik yang tak bergerak, tiba-tiba anda terpandang monopod keluar dari kereta di hadapan. Itulah tahap obses rakyat Malaysia dengan selfie.
Apa2 pun..Sabaaarrrr ler banyak2. Anda pula bagaimana?

~TennoGee Shop~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan