Umum mengetahui bahawa banyak kebaikan memakan Chia Seeds untuk diet harian korang,.. ianya amat bagus dan mempunyai banyak khasiat serta boleh menggantikan makanan yang berat seperti nasi, roti & sebagainya. Ini adalah kerana apabila kita campurkan Chia Seeds dalam makanan harian ianya dapat mengenyangkan kita.
Chia seeds mempunyai kandungan;
π Vitamin C (lebih banyak dari Oren)*
π Omega 3 (lebih banyak dari Salmon)*
π Zat Besi (lebih banyak dari Bayam)*
π Potassium (lebih banyak dari Pisang)*
π Kalsium (lebih banyak dari Susu)*
*Nota kaki: Dibanding dengan berat yang sama
Jadi mari TG kongsikan 5 Resepi Chia Seeds Yang Mudah Untuk Diet Harian Anda;
#1
Puding almond dengan chia seeds
Bahan-bahan
Bahan Chia Puding
π 4 sudu kecil chia seeds
π 250 ml susu almond
π 1 1/2 sudu kecil madu (tambahkan jika anda suka manis)
π Sedikit Garam
Bahan Almond Puding
π 750 ml susu almond
π 150 ml air
π 4 sdk gula pasir (tambahkan jika anda suka manis)
π 1 bungkus agar2 biasa
π Sedikit Garam
Cara membuatnya
- Chia pudding : letak chia seeds di dalam bekas bertutup. Tuang susu almond, kemudian masukkan madu dan garam, gaul sehingga sebati, Lakukan sehingga tiada ketulan. Chia seeds akan mengembang seperti selasih, simpan di dalam peti ais selama 4-5 jam.
- Almond pudding : campur semua bahan, gaul rata dan masak diatas api sederhana sehingga mendidih. Tuang ke dalam acuan mengikut selera, sejukkan sebentar. Kemudian simpan dalam peti ais.
- Sajikan almond pudding dengan chia pudding. Tambahkan buah-buahan jika suka.
#2
Fanta pudding with dragon fruit and chia seed
Bahan-bahan
π 1/2 bungkus nutrigell strawberry
π 1/2 bungkus agar-agar merah
π 2-3 sendok makan gula pasir
π 350 ml air fanta (merah, hijau ikut sukahati korang ler...π)
π 1 biji buah buah naga merah (diblender)
π Secukup Chia Seeds
π Secukup rasa susu pekat manis
Cara membuatnya:
- Panaskan air fanta dengan api sederhana , kemudian masukan buah naga merah yg sudah di blender halus tadi.
- Masukan nutrigell dan agar-agar, gaul sehingga larut.
- Masukkan gula pasir sambil digaul. Jika sudah panas dan larut. Matikan api dan tunggu sampai buih agar-agar hilang.
- Siapkan acuan pudding. rendamkan chia seed, kemudian tuang pudding dan tunggu separuh keras (hangat)
- Jika sudah separuh keras, tambahkan susu pekat manis. (jika dimasukkan susu semasa masih panas dan tidak separuh keras, susu akan jatuh ke bawah)
- Masukkan ke Peti sejuk. Jika sudahjadi bolehlah dimakan.
#3
Air Buah-buahan Dengan Chia Seeds
Bahan-bahan
π 1 tin buah-buahan segar (tak kisahlah laici ke..rambutan ke..longan ke..)
π 2 sudu kecil Chia Seeds
π Gula pasir (korang suka manis, tambahlah sampai manis. Tapi jangan sampai kena
diabetes)
π Air masak / air tapis / air mineral
Cara membuatnya
- Rendam chia seeds dengan air secukupnya, digaulkan dan dbiarkan sampai chia seeds kembang.
- Buka tin buah-buahan tadi.
- Lalu campurkan chia seeds yang sudah direndam ke dalam air bersama buah-buahan tadi dan tambahkan lagi air dan gula mengikut selera. sejukkn dan siap untuk diminum.
#4
Puding Jagung Chia Seed
Bahan-bahan
π 2 peket nutrigel rasa strawberi 10gram
π 2 senduk makan chia seed
π 2 tin jagung manis
π 4 senduk makan gula pasir
π garam
π 800 ml air
Cara membutnya:
- Rendamkan 2 senduk makan chia seed dengan air dan biarkan selama 8-12 jam ini kerana semakin lama semakin mengembang cantik.
- Masukan semua bahan-bahan (chia seed yang sudah mengembang, jagung dalam tin, serbuk nutrijel, gula pasir, garam) dan kemudian masak dengan api yang kecil, gual rata hingga sebati. Tunggu sehingga mendidih dan aakn menghasilkan bau yang wangi.
- Setelah mendidih biarkan selama 2 minit,Kemudian gaul rata dan siap untuk dimasukkan ke dalam acuan.biarkan sehingga keras dan boleh juga dimasukkan ke dalam peti ais jika ingin puding yang sejuk.
#5
Chia Seeds Jelly
Bahan-bahan
π 4 sachet serbuk jelly
π Air,
π Gula
π Chia Seeds
Cara membuatnya:
- Campur jelly, gula dan air mengikut arahan pada sachet jelly
- Masak sampai mendidih dan gula menjadi larut
- Taburkan chia seed di dasar acuan. Tuangkan jelly sedikit-sedikit
- Setelah chia seed ditutupi oleh jelly biarkan sebentar sampai jelly menutupi seluruh chia seed, kemudian perlahan-lahan tuangkan sisa jelly ke dalam acuan
- Setelah sudah sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Sejukkan. Siap disajikan.
Jangan ingat hanya campur dengan air jer, dengan oat ajer...Lama2 korang boringlah kalau asyik telan menu yang sama...Tu yang kata Chia Seeds ni tak sedap..Sebenarnya bila kreatif, Chia Seeds akan jadi menu yang awesome!! Selamat mencuba....❤❤❤
Kalau korang berminat, jom klik Aryza Chia Seeds.
TennoGee Shop
Kedai Runcit Online
www,tennogeeshop.avana.asia
+6013 338 5503
+6013 338 5502
kalau nak sihat, kena makan chia seed ni lol memang banyak manfaat chia seed ini untuk kesihatan
BalasPadam